Perginya seorang perwira..
Assalamualaikum, ni gambar terakhir ayahanda melayan ibunda seminggu sebelum dia pergi menghadap Ilahi pada 12 sept 13. Dan ini adalah entri paling panjang.
Blog ini dikarang utk bkongsi kisah ayahanda kepada pembaca yang masih mempunyai ayah. Sebelum ayahanda pergi, terasa sangat perubahan pada beliau, beliau seorang ayah yang penyabar dan tenang tiba2 jadi naik angin.. ada saja serba tak kena. kami sekeluarga fikirkan mungkin perubahan akibat faktor usia barangkali. Rumah yang dahulunya berwarna oren dan kuning di catkan putih dari depan shingga ke belakang. Abah penah tanya pada ku, oke x klu abh cat kale putih ni.. aku pn bersetuju sbb warna putih pearl.. bkn itu saja, malah legasi perniagaan abah dicatkan warna ungu di bahagian luar.. bagaikan tanda untuk ibuku yang akan myambung legasinya.. abah begitu gembira apabila dengar aku bakal konvo pada hujung oktober 2013, dan adik akan melangsungkan perkahwinan pada awal bln 11. Abah berpakat dengan mama utk beli baju sama warna dan aku pun mencelah utk turut serta disebabkan kebetulan tahun ini aku tak beli baju raya yang aku nak.. Aku bercadang untuk membeli baju raya warna hitam pada tahun ini, tp mgkin kekangan masa mbuatkan aku mengambil keputusan utk mbeli bju lain.
2 hari sebelum abah meninggal , aku yang asyik melayan game di laptop ku terdengar abah nak ke tesco untuk membeli hadiah perkahwinan anak kawannya, lantas aku dengan pantas ingin mengikut abah dan mama pun turut bersiap bersama untuk ke tesco. Semenjak aku berusia 18tahun, segala pakaianku aku sendiri belikan dan bayarkan. tapi pada hari itu, aku sempat mcapai beberapa jenis jajan dan 2helai seluar tidur. Dan aku meletakkan jajan utk abah bayarkan manakala seluar aku sendiri nak bayarkan, tapi secara tiba2 abah mempelawa untuk membayar kesemuanya.
11 september 2013 : kami dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan nenek ku sedang nazak dan tak lama kemudian, nenekku telah kembali kepangkuan Ilahi.. Nenekku merupakan ibu kepada abahku. Setibanya di kampung abah sempat melihat arwah ibunya, sempat bergurau senda dengan anak buahnya.. dan abah berkata " kenapa tahun ni x raya rumah atuk? thun depan xde dala duit raya". Aku yang beberapa kali tergerak untuk menangkap gambar bersama abah untuk simpanan tapi setiap kali itulah terbantut.
12 september 2013 : tepat 12.35tghr. abah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital akibat serangan jantung. lebih kurang 6 ptg abah dikebumikan di tanah perkuburan yang berdekatan. Kehilangan abah sangat dirasai oleh kami sekeluarga serta rakan taulannya. Mama org yg paling dekat dengan abah terasa kehilangan abah, manakan tidak setiap pagi abah akan menghantar makanan pagi untuk mama, tengahari pun sama, dan pabila petang abah akan mengajak untuk makan di luar. Setiap hari. dan jarang dapur rumah kami berasap.
Abah pergi mengikuti ibunya. Sungguh tak sangka..
Kini hampir sebulan abah pergi. Dan kadang2 aku terfikir, Ya Allah sedarkanlah aku dalam mimpi buruk yang panjang. Kasih sayang abah tak terhingga sehingga aku sekeluarga tak sedar yang abah telah tiada. Terasa bagaikan abah sedang bekerja dan mengikuti kursus.
Kini , tiada lagi seorang ayah yang mewalikan perkahwinan aku nanti. Tiada lagi teman untuk aku bergaduh kerana minum air dari gelasku. Tiada lagi orang yang memaksa aku mencari kerja online. Tiada lagi orang untuk aku berbual setiap malam. Tiada lagi tempat aku bermanja mengadu sakit pening. Untuk mama , maafkan sebab tak selalu berkongsi cerita. tapi aku mampu menjadi pendengar yang setia walaupun cerita berulang2 kali.Untuk mama, tabahkan hati kuatkan semangat. Setiap kali mama menangis sedih, aku selalu bezakan keadaan dengan orang lain. Ya la Abah tinggalkan mama dengan anak2 yang sudah besar dan bekerja.Tapi orang lain, suami tinggalkan isteri dengan keadaan anak2 masih bersekolah. Mungkin kata2 ini sebagai pembakar semangat utk mama.Mama dah tak perlu risau, anak2 dah boleh mampu menjaga mama.
Dan jika ini adalah ujian, aku terima.. walaupun air mata sentiasa mengalir tapi aku harus tabah. Dan sentiasa berfikir keadaan orang lain yang lagi sukar untuk terima kenyataan.
Selamat Berehat ayahanda tercinta. Al Fatihah Abah
( 30-09-1956 - 12-09-2013 )
Al-Fatihah Atuk (23-Julai - 11-Ogos-13)
Al-Fatihah Nenek
Salam sayang, anakmu.
2 comments:
Al Fatihah!! Semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Amin.. Thank.. :)
Post a Comment