Salam Maal Hijrah Blogwalking. :)
Assalamualaikum , bermula dengan Alhamdullillah dan Bismillah , akhirnya aku masih lagi bernafas di bumi ciptaan Allah pada pagi tahun baru hijrah.
Cerita pasal tahun baru hijrah , aku sendiri tertanya2.. kenapa tahun baru Islam ini tak di sambut dengan meriah spt thn baru 1hb.Jan tuh yer ? Sedangkan negara kita sendiri majoriti dan agama rasmi adalah ISLAM. Sedikit pelik jugak la aku kat sini. :|
Memang aku sendiri tertanya2 sbb aku sendiri nak kan jawapan yg boleh aku berfikir. Walaupn aku dah berusia remaja/dewasa kot. kdg2 some part yg aku sendiri nak kan jawapan. Okeilah abaikan lah soalan aku tersebut. Disini aku nak ungkapkan sedikit tentang hijrah , seperti yg korg sndiri tau , Hijrah tuh adelah ???
:- Bahasa Arab yg bererti "meninggalkan sesuatu perbuatan" atau "menjauhkan diri dari pergaulan" atau "berpindah dari sesuatu tempat ke tempat yang lain".
:- Menurut syariat , HIJRAH itu mempunyai 3 maksud ;
1) Hijrah dari meninggalkan semua perbuatan yg terlarang oleh Allah. Wajib utk semua umat Islam berdasarkan Hadis Nabi s.a.w :
"Orang-orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yang Allah telah melarang daripadanya " (Riwayat Bukhary dari Abdullah bin Umar r.a).
2) Hijrah mengasingkan diri dari pergaulan orang-orang musyrik atau orang-orang kafir yang menfitnahkan orang-orang Islam atau mempersendakan agama Islam.
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang kafir didalam Jahanam (An-Nisa :140) "
3) Hijrah (berpindah) dari negeri lain atau daerah orang2 kafir atau musyrik ke negeri/daerah orang2 muslim sekiranya mereka tidak berkuasa ataumampu untuk mengerjakan amal ibadah atau terpaksa melakukan perkara yang terlarang oleh Allah. Ini berdasarkan peristiwa hijrah sahabat2 ke Habsyah dan hijrah besar dari Mekah ke Madinah.
Bagaimanapun sekarang ini, Hijrah yang paling besar adalah hijrah dari meninggalkan perbuatan terlarang ke perbuatan yang baik, dan ini juga merupakan satu jihad yang amat besar disisi Allah seperti Hadis Rasulullah s.a.w : "Jihat yang paling besar adalah jihad melawan NAFSU".
Jadi sekarang ni pun aku cuba berhijrah melawan nafsu2 shopping dan boros aku tuh.. fuishh~~ *boleh ke ni? Harap2 bolehlah.
Ape2 pun Salam Maal Hijrah buat blogwalking sekalian ! :) Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. =D
<3Puteri_bunny
0 comments:
Post a Comment